Belanja 17 Juta Hantar SMS (20 Dis 2006)

Saturday, November 6, 2010

Buletin Malaysia (20 Dis 2006)
NASIONAL
 
PENGGUNA BELANJA RM17 JUTA SEHARI HANTAR SMS

KUALA LUMPUR: Pengguna telefon bimbit di Malaysia membelanjakan lebih RM17 juta ($7.4 juta) sehari untuk menghantar sekurang-kurangnya empat khidmat pesanan ringkas (SMS) seorang.

Kajian yang dijalankan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dari 2002 hingga sekarang mendapati secara keseluruhan penggunaan SMS menunjukkan peningkatan jumlah SMS iaitu dua hingga tiga bilion setiap tahun.

Ketua Komunikasi Korporat SKMM, Cik Adelina Iskandar, berkata angka perbelanjaan dan jumlah SMS itu diperoleh daripada anggaran 21.5 juta individu yang menggunakan telefon bimbit di negara ini.

"Jumlah itu mungkin lebih kerana kebanyakan rakyat negara ini, terutama generasi muda lebih suka menggunakan SMS untuk menghantar atau mendapatkan maklumat berbanding menelefon."

"Caj perkhidmatan yang dikenakan syarikat telekomunikasi tempatan lebih murah dan praktikal berbanding panggilan biasa, sekali gus menarik lebih ramai pengguna memilih menggunakan SMS," katanya kelmarin.

Beliau berkata, secara purata seorang pengguna telefon bimbit akan menghantar lebih empat SMS sehari dan jika dihitung dengan jumlah keseluruhan pengguna telefon bimbit di negara ini, ia mencatatkan 86 juta SMS.

"Berbanding kadar panggilan biasa yang tinggi, kadar caj setiap SMS antara satu sen hingga 20 sen. Penjimatan ini mendorong pengguna memilih SMS sebagai pilihan tanpa menyedari kekerapan itu sebenarnya penyumbang kepada pembaziran," katanya. - BHM


KENAPA TIDAK ANDA DAPATKAN SMS PERCUMA DENGAN 
DYMIUM XOX

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...